Kalau Allah masih buka pintu taubat, kenapa kita nak putus asa?

Buku yang buat ramai rasa:
“Allah masih sayang aku rupanya…”

Untuk mereka yang...

Terasa penat dengan hidup.

Rasa jauh dari Allah.

Nak berubah, tapi selalu gagal.

Selalu overthinking pasal masa silam.

...buku ni mungkin jawapan yang anda cari.

Buku ni ingatkan kita...

“Allah tak pernah penat menerima taubat hamba-Nya.”

Ramai orang fikir istighfar ni sekadar sebut “Astaghfirullah” je.

Tapi sebenarnya…

✨ Istighfar boleh jadi tempat paling tenang waktu hati tengah hancur.

✨ Istighfar boleh buat kita rasa “masih ada peluang”.

✨ Istighfar boleh jadi sebab hidup kita berubah perlahan-lahan.

Buku ni ditulis dengan bahasa ringan & dekat dengan hati.

Tak berat. Tak rasa macam sesiapa tengah ‘judge‘ kita.

Tapi rasa macam ada orang faham apa yang kita simpan selama ni.

Istighfar adalah perkara paling besar yang dibangkitkan dalam al-Quran...

Allah bukan sahaja reda, Allah gembira dengan orang yang beristighfar

Kadang kita bukan jahat... cuma kita penat...

Kadang kita senyum depan orang…
Tapi malam-malam hati sesak.
Solat entah ke mana.
Doa pun rasa malu nak angkat.

Kita tahu kita banyak salah…
Cuma kita tak tahu macam mana nak mula balik.

📖 Istighfar: Harapan untuk Jiwa yang Berdosa
bukan buku untuk orang alim semata-mata.

Tapi untuk manusia biasa…
yang pernah jatuh.
Pernah lalai.
Pernah rasa “Allah masih nak terima aku lagi ke?”

Kadang bukan kita tak nak berubah…
Kita cuma perlukan “pelukan” untuk hati kita.

Dan buku ni datang tepat waktu.

🎁 Sesuai hadiah untuk diri sendiri, pasangan, ibu ayah atau sahabat yang tengah struggle diam-diam.

Stok tengah laju sekarang.
Kalau rasa hati tengah perlukan sesuatu… mungkin ini dia.

📚 Dah ramai mula jadikan buku ni bacaan sebelum tidur sebab rasa tenang lepas baca beberapa muka surat.

Istighfar: Harapan untuk Jiwa Yang Berdosa 👇🏻

Dr. ʿAzīz bin Farḥān al-ʿAnizī merupakan seorang pendakwah, penulis dan pensyarah dari Arab Saudi yang dikenali dengan penyampaian yang menyentuh hati serta penekanan terhadap penyucian jiwa, tauhid dan penghayatan sunnah. Buku “Istighfaar: Harapan untuk Jiwa yang Berdosa” merupakan antara karya beliau yang mengajak pembaca kembali kepada Allah melalui pintu taubat, pengharapan dan keampunan-Nya yang luas.

"Kalian banyak melakukan dosa, jadi perbanyakkanlah istighfar, kerana seseorang itu apabila dia melihat ada istighfar pada setiap dua baris dalam buku catatan amalnya, nescaya dia akan gembira."
Bakr bin ʿAbd Allāh al-Muzanī

Kenapa anda kena dapatkan buku Istighfar: Harapan untuk Jiwa yang Berdosa?

Bukan sekadar himpunan zikir & lafaz istighfar—Buku ini membawa kupasan menyeluruh merangkumi pelbagai pecahan topik berkaitan istighfar yang jarang dibincangkan secara terperinci.

Pencerahan konsep: perbezaan antara istighfar dan taubat—Merungkai kekeliruan masyarakat mengenai perbezaan antara “istighfar” dan “taubat”. Istighfar mempunyai fungsi spesifik berbanding taubat.

Panduan praktikal dalam ibadah seharian—Tentang bagaimana istighfar boleh diamalkan dalam pelbagai situasi harian, bukan hanya ketika melakukan dosa. Ada waktu khusus disunnahkan untuk istighfar, ada waktu yang umum. Ini menjadikan istighfar satu amalan gaya hidup yang mudah diikuti berdasarkan praktikal Nabi SAW & para sahabat.

Kunci penyelesaian masalah hidup (rezeki & ketenangan)—Buku ni sangat sesuai untuk mereka yang sedang menghadapi kesempitan hidup kerana istighfar membantu melapangkan kesempitan dalam pelbagai aspek kehidupan, jalan keluar bagi masalah yang tidak disangka-sangka.

Huraian berdasarkan dalil sahih dan nukilan ulama muktabar—Ia sarat dengan dalil al-Quran dan hadis, serta diperkayakan dengan huraian mendalam daripada tokoh ulama besar seperti Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Rajab, dll. Ia turut membawa kisah-kisah inspirasi golongan salaf yang menjadikan istighfar sebagai “penampal” kekurangan dalam ibadah mereka.

✅ Sesuai untuk bacaan semua peringkat umur, buku menggunakan bahasa Melayu Malaysia yang mudah difahami.

242 m/surat (Softcover).

Apa Kata mereka yang dah dapatkan & baca buku Istighfar ni?

Percayalah...

Bukan semua orang yang sedar diri dia berdosa masih diberi rasa nak kembali pada Allah.

Ada orang dah terlalu lama hanyut sampai hati dia dah keras,
untuk menangis pun tidak.

Tapi kalau hari ni hati anda masih terusik bila baca semua ni… mungkin itu tanda Allah masih panggil nama anda perlahan-lahan.

Dan mungkin… buku ini adalah langkah kecil pertama untuk pulang semula. 🤍

PAKEJ 1 BUKU

Harga Asal RM32

RM32

Klik butang di bawah untuk beli sekarang 👇🏻

BELI 5 (DISKAUN 20%)

Harga Asal RM160

RM128

Klik butang di bawah untuk beli sekarang 👇🏻

BELI 10 (DISKAUN 30%)

Harga Asal RM320

RM224

Klik butang di bawah untuk beli sekarang dan hadiahkan pada kawan-kawan 👇🏻

Kita ingat Istighfar tu "astaghfirullah" je, rupa-rupanya... 👇

Soalan Lazim

Jawapan soalan lazim di bawah boleh bantu anda untuk dapatkan maklumat lanjut sebelum membuat keputusan untuk dapatkan buku ini.

Buku ini ditulis oleh Dr. ʿAzīz bin Farḥān al-ʿAnizī, Dr. ʿAzīz bin Farḥān al-ʿAnizī, seorang pendakwah, pensyarah, dan penulis dari Arab Saudi yang dikenali dalam bidang akidah, hadis, dan tazkiyatun nafs.

Bahasanya mudah faham, lembut menusuk hati, dan sesuai dibaca walaupun anda bukan daripada latar belakang agama.

Pendek cerita… sesuai untuk semua orang.
Sebab kita semua ada dosa yang perlu diampunkan, dan hati yang perlukan ketenangan.

Setiap kita sentiasa berada di antara nikmat Allah yang menuntut syukur, dan dosa yang menuntut kepada istighfar.

📖 Buku ni sesuai untuk:

  • Yang nak dekat balik dengan Allah
  • Yang hati tengah penat & serabut
  • Yang rasa hidup kosong walaupun semuanya nampak okay
  • Yang sedang belajar baiki diri perlahan-lahan

Buku ni ibarat “ubat hati harian” yang buat kita selalu ingat untuk kembali pada Allah.

Justeru itu sebab anda patut baca buku ni. 🤍

Buku ni bukan untuk manusia sempurna.

Tapi untuk manusia yang pernah jatuh… dan masih berharap Allah terima dia semula.

Buku ni ingatkan kita tentang pesanan Nabi ﷺ bahawa Allah sedia mengampunkan dosa hamba-Nya walaupun ia meninggi sehingga ke awan, asalkan kita kembali memohon ampun kepada-Nya.

Ramai ingat sama… tapi sebenarnya ada beza yang sangat indah.

📌 Istighfar → memohon perlindungan Allah daripada keburukan dosa yang telah lalu
📌 Taubat → tekad & usaha untuk tak ulang dosa itu lagi

Buku ni huraikan dengan sangat jelas & mudah faham sampai kita rasa: “Patutlah selama ni aku tak pernah faham betul-betul…”

Ini bukan buku yang penuh istilah berat, “jargon-jargon” Arab semata-mata.

Penulis siap ajar macam mana nak jadikan istighfar sebagai rutin hidup harian.

Antara yang dibincangkan:
✅ Istighfar dalam solat & wuduk
✅ Waktu paling mustajab untuk istighfar
✅ Cara istighfar untuk ibu bapa & keluarga
✅ Lafaz istighfar sahih daripada Al-Quran & hadis Nabi
✅ Istighfar yang paling padu yang Nabi pernah ajarkan

Ramai orang sangka istighfar cuma perlu bila kita rasa bersalah lepas buat dosa.

Tapi dalam buku ini, anda akan belajar bahawa istighfar juga dituntut selepas buat ibadah

Kenapa?

Sebab walaupun kita solat, berzikir, membaca Quran atau berbuat baik… tetap ada kemungkinan amalan kita bercampur lalai, kurang khusyuk, riak kecil, atau tidak sempurna.

Maka, istighfar jadi cara kita merendahkan diri di hadapan Allah.

Nabi ﷺ sendiri yang maksum, tak ada dosa tu, istighfar tak kurang daripada 100 kali sehari tau.

Bahkan, buku ini juga sentuh tentang istighfar apabila kita tertinggal ibadah sunat atau terbuat perkara makruh.

Ya, ada.

Buku ini menghimpunkan pelbagai lafaz istighfar yang sahih daripada Al-Quran dan Sunnah, supaya kita bukan sekadar menyebut “Astaghfirullah”  sahaja tanpa faham.

Anda akan jumpa lafaz-lafaz istighfar yang boleh dihafal, diamalkan, dan dijadikan zikir harian.

Termasuk juga lafaz rintihan para Nabi — doa-doa yang penuh rasa hamba, penuh harap, dan sangat menyentuh hati bila kita faham maksudnya.

Boleh, bahkan ia amalan yang sangat besar nilainya.

Ada 1 bab dalam buku ni bincang secara khusus tentang istighfar untuk kedua ibu bapa, orang mukmin yang lain, termasuk mereka yang telah meninggal dunia.

Yang paling menyentuh hati… istighfar seorang anak boleh menjadi sebab darjat ibu bapanya diangkat di Syurga nanti.

Bayangkan.

Walaupun kita mungkin rasa belum cukup berbakti semasa mereka hidup, masih ada amalan yang boleh terus kita hadiahkan untuk mereka.

Salah satunya ialah istighfar.

Hukum asal istighfar ialah sunat. Tapi dalam buku ini, penulis jelaskan bahawa hukumnya boleh berubah mengikut keadaan.

Contohnya:
✅ Menjadi wajib lepas kita buat maksiat
✅ Boleh jadi makruh pada waktu-waktu tertentu
✅ Bahkan, ada tempat ia jadi haram…

Buku ini senaraikan beberapa waktu dan keadaan yang sangat utama untuk memperbanyakkan istighfar.

Bahagian ini buat kita sedar… Istighfar bukan sekadar amalan waktu susah. Tapi amalan sepanjang hidup — waktu berdosa, waktu berjaya, waktu tenang, bahkan waktu kita sedang beribadah.

Jangan berhenti beristighfar.

Kadang kita jatuh berkali-kali bukan sebab Allah benci… tapi sebab Allah nak kita terus kembali pada-Nya.

Dan buku ni bawakan satu hadis qudsi (kata-kata Allah) yang sangat memujuk hati.

Ada. Sangat ada. Sebab lidah yang dibiasakan dengan istighfar… lama-lama akan tarik hati untuk ikut sama sedar. Daripada terus diam & jauh… lebih baik terus mengetuk pintu Allah walaupun perlahan-lahan.

Sebab buku ni bukan sekadar bagi ilmu…
tapi dia buat hati rasa dipeluk.

Ada orang baca sambil menangis.
Ada yang rasa tenang lepas lama hati serabut.
Ada yang mula perlahan-lahan berubah lepas habis satu bab.

Kadang kita tak perlukan motivasi yang keras.
Kita cuma perlukan satu “peringatan lembut” bahawa Allah masih sayang kita.

🤍 Dan mungkin… buku ni adalah permulaan itu.

Sebab buku ini bukan sekadar untuk dibaca sekali…
tapi untuk dirujuk setiap kali hati mula rasa jauh dari Allah.

Ia mengingatkan kita bahawa istighfar bukan hanya memadam dosa, bahkan ia boleh jadi “kunci” kepada jiwa yang lebih tenang, hidup yang lebih terarah, dan hati yang lebih mudah kembali kepada ketaatan.

Yang paling kuat… buku ini buat kita sedar bahawa istighfar juga adalah senjata untuk melemahkan tipu daya syaitan.

Sebab syaitan nak kita putus asa.
Tapi istighfar ajar kita untuk terus pulang.

Jadi kalau ada satu buku yang patut duduk dekat dengan tempat tidur, meja kerja, atau rak bacaan harian…

mungkin buku inilah yang akan selalu ingatkan kita:

“Jangan pernah berhenti berharap pada ampunan Allah.”